Dari hari ke hari, makin jaranglah aku menghadap komputer.
Aku baru tersedar untuk lakukan semua ini. Dan aku tersedar bahawa aku akan menghadapi satu cabaran besar, mungkin, dalam hidup aku ini - SPM -.
Tak lama lagi, hanya tinggal tak sampai 4 bulan rasanya.
Aku tak terasa nak kira hari demi hari, semuanya menyebabkan aku lebih suka melarikan diri dari semua buku.
Masih cuba untuk teruskan hidup, masa ke masa aku terus cuba menelaah dan terus cari ilmu, yang turut aku guna dalam hidup aku, mungkin juga.
Baru sekarang, ada jugalah sokongan yang dapat aku terima dari orang-orang lain daripada sebelum ini.
Walaupun terseksa, tapi hidup kemudian hari lagi seksa dari sekarang - memikirkan kerjaya, keluarga, anak pinak - yang mungkin membuatkan aku berfikir untuk membunuh diri.
Hajat aku mungkin akan tercapai, atau akan terkurang sikit. Tapi aku tak kisah, asalkan aku dapat.
Yamaha 135LC, idaman aku selama ini. Sejak dari sebelum aku dapat lesen sampailah sekarang.
Aku tak mahu membebankan orang yang membelinya, tapi aku akan cuba buatkan semua yang dia lakukan berbaloi; 10 A SPM.
Kelebihan aku dalam fotografi mungkin masih kekal. Aku tak ada masa untuk kembangkannya. Masih banyak yang perlu aku pelajari.
Dunia masih berputar, jam masih berdetik.
Sifat aku masih tak berubah. Aku masih tergila-gilakan kesemuanya tapi bukan semuanya.
Monday, July 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment