Saturday, February 20, 2010

Love Between Friendship

ungkapan "love" yang biasa orang lain guna untuk luahkan perasaan diorang kepada sesiapa yang dia mahu.. tambahan juga sebagai tanda dia menyukai sesuatu...

ungkapan ini masih menjadi kata-kata orang ramai untuk sambut Valentine's Day. ditambah pula dengan hadiah mahal-mahal, cokelat, bunga, teddy bear, dll yang langsung tak bawa makna dalam hidup.. atau senang kata hadiah-hadiah ini hanya sebagai persamaan harga benda tu dengan harga diri mereka...

dunia masih terus bergerak, masa masih terus berlalu.. tanpa dorongan dan bimbingan, semuanya hanyut dalam arus globalisasi... semuanya terpengaruh dengan hal keduniaan...

tapi kalau diikutkan ungkapan ini pun boleh bawa maksud lain...

'Love between Friendship' atau 'sayang antara persahabatan'..

sahabat ialah orang yang kita kenali dan rapat antara mereka.. mereka yang bantu kita masa kita susah, masa kita ada masalah dan sebagainya..

ramai yang bergaduh tanpa batasan disebabkan tiada persefahaman antara mereka. adanya salah faham, gaduh dan terus gaduh dan kalau boleh sampai bila-bila...

kalaulah betul-betul sayang persahabatan mereka ini, dah tentu tak ada pertelingkahan.. sikap untuk dengki sama mereka, nak marah, bergosip dan segalanya, semua tak ada dalam diari mereka..

tambah-tambah dengan perubahan sikap mengikut edaran zaman. macam-macam boleh berlaku...

isu panas, hangat, sensasi.. dalam berita, akhbar, kita dapat lihat yang ramai remaja cedera akibat dipukul rakan sendiri... akibat?? hanya salah faham antara mereka...

memang tak dapat nak faham apa yang diorang gaduhkan. asal tanya sahaja satu kumpulan yang ada masalah dengan orang lain, jawapannya still the same...

sama-sama ego, keras kepala, hati batu... semua tak nak mengaku salah...

paling-paling tidak, kalau nak selesaikan suatu masalah, tegur sahaja... minta maaf walaupun semuanya bukan salah kita..

orang kata, senang sebut, payah nak buat..

kalau tak ajar diri dari awal, memanglah payah nak buat...

tetapi, kalaulah betul sayang itu ada, aman dunia ini..

pergaduhan antara sesuatu hubungan, cinta, persahabatan, diplomatik, lenyap begitu sahaja...

No comments:

Post a Comment