Tuesday, March 23, 2010

Ketidaksiuman Pemikiran

Pernah suatu hari kebanggaan aku terhadap seseorang amatlah tinggi sehingga satu kejadian berlaku.

Seorang yang suka menjaga tepi kain orang dengan menggunakan alasan untuk mengubah orang lain menjadi orang yang berguna kononnya.

Setiap kali berjumpa, ada sahaja komen yang disampaikan, baik dan buruk tidak terkira, tetapi bukan terhadap diri aku, terhadap orang lain.

Hanya kerana peristiwa yang buruk berlaku, kemungkinan tidak membawa sikap hormat aku terhadap dia apabila dia sanggup menikam dari belakang sedangkan depan orang itu dia seperti orang gila bertopengkan manusia.

Perasaan malu tidak pernah ada dalam dirinya. Tidak pernah berubah walau sedikit pun sejak kali pertama aku berjumpa.

Selepas aku mengetahui perbuatan atau ketidakwarasan dia, terus hormat aku terhadap dia jatuh berderai.

Itu baru aku. Walaupun ramai yang sudah sedar, tetapi masih ramai yang tidak sedar. Masih ramai yang terpengaruh dengan dia.

No comments:

Post a Comment