Manusia tak pernah berfikir sesuatu yang betul-betul rasional untuk difikirkan. Satu perkara yang paling tidak diterima akal manusia zaman sekarang adalah berfikiran baik walaupun dibuat jahat kepada kita.
Dendam, satu perkataan dan satu sifat yang sudah tertanam dalam diri seorang manusia. Melepaskan diri telah menjadi satu perkara yang amat sukar dilakukan oleh mereka-mereka ini.
Mereka tidak perasan bahawa segala apa yang dilakukan membawa padah kepada dirinya. Hal ini demikian kerana padah yang akan mereka peroleh terlalu perlahan tertanam dalam diri sehingga kita tidak mampu merasakannya.
Sikap balas baik walaupun dilaku jahat oleh orang lain amat bermakna. Hal ini demikian seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya perbalahan atau peperangan.
Tapi tidak. Semua orang hanya ingin membalas dendam selepas sesuatu buruk berlaku terhadapnya.
Sebagai contoh, seorang budak telah diburukkan namanya oleh rakannya. Hanya yang keluar dalam hati dan fikirannya ialah ingin membalas dendam kepadanya.
Bagaimana manusia ingin maju kalau sikap seperti ini masih berleluasa.
Mungkin benar, orang kata kita sudah maju. Tetapi hanya dari aspek keduniaan, teknologi dan sebagainya. Aspek rohani dan jasmani tidak dapat diutamakan.
Tuesday, April 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
well.. humans do have emotions.. that's why sometimes we can't think rationally.. =)
ReplyDelete