Selama 4 hari yang amat menghiburkan aku, walaupun aku sentiasa penat membuat sesuatu yang aku tidak layak buat.
Aku hanya melayan diri orang lain tapi bukan aku.
Cubaan untuk mencari kebahagiaan, tapi bukan untuk diri aku, tapi diri orang lain.
Kadang-kadang rasa menyesal pun ada sebab aku sudah melepaskan sesuatu yang bernilai. Tapi kebanyakannya semuannya berbaloi.
Dalam 4 hari ini, aku berasa rapat dengan semua orang dan semuanya baik dengan aku. Masih ada masalah yang timbul tapi masih dapat dielakkan.
Kerjasama, keseronokan, kesukaan, kemanisan, kenangan, kepenatan, semua akan tinggal dalam fikiran aku tanpa dikikis. Siapa yang nak kikis otak aku.
Rasa seperti mahu merasa lagi, tapi kemungkinan tiada peluang untuk itu lagi.
Kenangan hanya kenangan. Tak boleh patah balik, tak boleh tukar sejarah.
Still there's a lot of things yang aku terlepas, tapi aku tak kisah. Asalkan aku masih hidup tak mati-mati.
Friday, April 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment