Thursday, April 1, 2010

Kepercayaan yang tidak pernah ada

Orang bodoh memang takkan mengaku dia bodoh. Sama seperti orang yang mencuri.

Sebuah rumah dimasuki pencuri. Dengan kebijaksanaan anggota polis, pencuri itu berjaya ditangkap.

"Apa salah saya, tuan?", kata pencuri itu.

"Dengan segala bukti yang dapat kami temukan, menunjukkan bahawa awak telah memasuki sebuah rumah dan mencuri", kata seorang anggota polis.

"Tidak, tuan. Mana mungkin. Saya berada di rumah semasa kejadian berlaku".

Tengok, pencuri tidak akan mengaku dia mencuri.

Seperti apa yang berlaku kepada orang gila.

Di tepi jalan, tiba-tiba disebutnya, "kau gila, kau gila!!!".

Yang didakwa gila oleh orang gila itu berkata, "yang kau cakap pada aku yang aku gila, kau tu tak gilalah?".

"Aku tak gila. Siapa cakap aku gila. Aku masih waras, sihat walafiat".

Sama dengan orang-orang lain. Perompak, hipokrit, penipu dan sbg.

2 comments: