Aku tertarik apabila aku membaca apa yang dikatakan oleh Wani Ardy. Semua perkataan yang digunakan memang memberi maksud yang mendalam.
Dalam pos yang terbaru, katanya, "The thing that I hate most about the cyber space is how easily we misunderstand each other and how easily kita terasa".
Katanya lagi, "Adalah satu cabaran untuk kita langsung tidak terasa dengan ibu bapa atau adik beradik. Ibu bapa khususnya. Tiap kali kita terasa, kita lekas-lekas istighfar, telan sedih, cuba luputkan perasaan itu dengan berfikir, waktu kecil dan sepanjang aku membesar dulu, berapa kali ibu bapa terasa dengan aku? Dan kita tidak berjumpa nombor. Dan kita tidak ingat. Dan barangkali ia cara Allah untuk berkata, “terlalu banyak.” Dan itulah jawapannya".
"Saya mula faham satu-satunya punca kenapa kita mudah kecil hati dengan seseorang adalah kerana kita ada hati dengan dia", kata-katanya.
Minta maaf Wani Ardy, saya tak berniat nak copyright, tapi memang saya tertarik dengan semua kata-kata awak.
Saturday, August 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment