Friday, September 24, 2010

Sehingga dan berterusan

Demam, demam, demam. Banyak sangat jenis demam. Demam apa?

Dari hari Selasa hinggalah sekarang.

Simptom awal, seram sejuk, menggigil, sakit perut, pening kepala. Dan akhirnya aku tertidur. Tambahan pula waktu belajar.

Cikgu Bahasa Melayu aku bertanyakan kenapa dan aku jawab bahawa badan aku terasa panas dan aku terus tidur.

Pada mulanya, aku jangkakan hanya demam terkejut. Tetapi sekarang tidak lagi.

Sejuk aku makin teruk. Hari yang panas pun aku menggigil bila aku ditiup angin. Perut aku sentiasa meragam. Pening aku datang dan pergi sentiasa. Belakang aku lenguh dan dalam kesakitan.

Aku hanya bergantung pada paracetamol.

No comments:

Post a Comment