Monday, January 10, 2011

Sakit urat

Semalam? Ya, semalam sangat menyeronokkan. Sudah lama tak berjumpa kawan, sudah lama tak bersukan, dan sudah lama tak berseronok. Tiba masanya semalam.

Selama hampir 3 jam menghayun tangan, bergerak ke sana dan ke sini, memang menyakitkan otot.

Badmintonlah penyebabnya. Ia merupakan satu sukan yang menjadi minat aku selepas bola sepak dan memanah.

Amat meletihkan dan bukan sesenang yang kita lihat Datuk Lee Chong Wei bermain.

Salah gaya, memang sakitlah.

No comments:

Post a Comment