Sekarang, aku nampak ramai yang sudah merindui zaman persekolahan.
Seronok bila mereka dapat berkumpul beramai-ramai. Mereka juga gembira bila dapat lakukan sesuatu bersama-sama. Mereka amat suka bila dapat berjumpa setelah sekian lama tidak diketemukan.
Semalam ada karnival Jom Masuk U di Kelantan Trade Centre. Dan akhirnya berjumpa juga dengan kawan-kawan aku.
Penuh sesak tempat itu, tapi kami masih masuk berhimpit-himpit dengan orang-orang yang tidak kami kenal.
Dewan pertama kami masuk tentang hampir semua universiti yang terdapat di Malaysia.
Tak banyak universiti yang menawarkan asasi. Banyak yang ditawarkan diploma.
Aku ada juga terjumpa wajah-wajah yang aku pernah lihat. Kawan sekelas aku dulu, kawan dalam rangkaian sosial, kawan kepada kawan aku, adik-adik di sekolah dulu, dan ramai lagi. Bila masa berlalu, wajah pun berubah sikit demi sikit.
Kan bagus bagi aku jika dapat ajak dia sekali.
Sunday, February 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wow.. skema sgt la ur sentences..
ReplyDeletexde short form langsong kot..
hehehe
haha. it just a blog.
ReplyDelete