Kita mungkin tidak sedar dengan isu semasa di negara luar.
Perihal artis, parti politik, pembangunan negara, pilihan raya umu (PRU) yang bakal dilangsungkan, perbalahan antara ahli politik, isu-isu skandal, isu-isu buang anak, isu-isu dera, banyak lagi untuk disenaraikan.
Isu yang hangat sekarang tentang Fasha Sandha. Kekurangan minyak masak juga menjadi polemik rakyat seluruh negara.
Tapi kita tak lihat kesengsaraan yang dihadapi oleh orang yang terseksa dengan hidup yang begitu susah. Mungkin kita tidak pernah merasakan kehidupan seperti itu, jadi kita tidak memperdulikan apa yang terjadi kecuali hal-hal yang terlalu bersifat keduniaan.
Adakah ramai yang tahu tentang masalah yang melanda, mungkin anak-anak Malaysia di Mesir yang sedang mencari jalan untuk menyelamatkan diri.
Mesir yang sedang dilanda rusuhan oleh puak pemberontak yang cuba mengambil alih pemerintah Hosni Mubarak yang dikatakan seorang diktator.
Anak-anak Malaysia itu yang juga merupakan penduduk di sana terperangkap dalam huru-hara tersebut tanpa sebarang berita disebabkan kerana sekatan internet dan telefon.
Untuk mereka, marilah kita berdoa, semoga mereka dalam keadaan baik walaupun mereka bukan keluarga kita. Bukan sahaja rakyat Malaysia tapi orang yang tidak bersalah.
JomPHP.com yang memberikan aku maklumat ini. Credit for them yang senantiasa update segala berita yang mereka peroleh.
Tuesday, February 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment