Tuesday, March 29, 2011

Dah letih

Oh, dah lama aku tak singgah blog aku. Kalau aku buka blog ni pun, untuk melihat ada perubahan atau tidak.

Aku tak pasti, tapi mungkin hampir sebulan sudah aku tak kemaskini blog aku. Aku sendiri tak tahu topik yang aku boleh katakan.

Sebenarnya banyak, tapi nak bina ayat lagi, tak larat dah. Banyak lagi kerja yang aku perlu lakukan.

Alhamdulillah, rezeki aku, Allah makbulkan doa-doa aku. Walaupun bukanlah seberapa sangat, tapi aku masih bersyukur dengan apa yang aku dapat.

Sekarang ini masa untuk menyibukkan diri menyelesaikan segala yang berkaitan dengan masa depan. Masa depan yang kadang-kadang menjadi igauan bagi orang lain.

Disebabkan hal ini jugalah, ada yang hilang sabar, ada yang masih konfius, ada yang dah tak larat nak buat segala benda.

Tapi bak kata orang Kelantan, "oo'k senapah". Tahan dulu. Masa ini sahaja yang kita perlu payah. Nanti senanglah tu, dengan izin Allah, inshaAllah.

No comments:

Post a Comment