Monday, March 15, 2010

dini hari

setiap pagi, tiada kerja yang boleh dilakukan. bangun saja awal pagi hanya melakukan rutin harian. yang paling akhir dalam senarai rutin harian adalah menghadap komputer, surfing internet..

tinggal dua jam saja lagi untuk aku habiskan latihan untuk lesen aku. dua jam tu memakan masa selama dua hari. untuk cari masa lapang bukannya senang. lepas habis latihan pun perlu tunggu lagi selama beberapa hari atau mungkin beberapa minggu untuk aku dapatkan lesen aku.

bila aku pergi saja ke tempat belajar memandu, aku rasa seperti tidak adil akan mereka yang ada di sana. setiap orang yang menjalani latihan perlu menurut jadual mereka.aku pergi tanpa jadual dan terus membuat latihan.

tapi apa aku kisah. asalkan aku dapat habiskan latihan dan tidak menyusahkan orang lain.

kisahnya selepas mak aku mengamuk di sana. aku sudah terlalu lama menjalani latihan.

peraturan latihan ialah satu jam sehari. dan aku habiskan enam jam dalam masa dua bulan lebih. bukan ke dua bulan tu lama.

aku tak tahu apa-apa, mak aku terus ke sana dan membuat laporan. jadual yang aku dapat hujung bulan ni. bermaksud aku akan alami tiga bulan lamanya untuk jalani latihan.


katanya yang bertugas, "kak, sepatutnya kena buat jadual awal-awal"


aku rasa aku nak buat awal dah. tapi masalah banyak. aku bermasalah, orang yang jemput aku pun bermasalah. 

potong-potong cerita, mak aku dapat perjanjian dengan cikgu yang mengajar, dan cikgu tersebut akan tolong aku untuk habiskan latihan. aku hanya perlu datang bila-bila masa saja, ambil borang dan terus pergi ke cikgu.

2 comments:

  1. good luck adik!!

    jangan gagal masa naek bukit tau. nanti menyesal kene amek test lagi. =.= (pengalaman sendiri)

    ReplyDelete
  2. ish... tidak2... lesen motor wahai cik melur..

    ReplyDelete