Otak aku sudah kosong. Aku masih ketandusan idea untuk mengubah diri aku.
Badan aku letih dengan semua kerja yang diamanahkah. Dan balasannya, tiada.
Cabaran dan rintangan yang perlu aku lalui membuatkan aku terus lesu tanpa mendapat bimbangan.
Dengan tugas yang masih terus bertambah, tak surut-surut, aku sudah tak mampu untuk meneruskannya.
Dulu masih ada masa untuk aku bersama-sama dengan yang lain untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Kini, hanya tinggal sejarah.
Mana lagi yang boleh aku pupuk semula semangat yang pernah ada dalam diri aku.
Ada yang berkata semangat kepimpinan ada, tapi semua itu tidak mencukupi. Untuk hidup, kita perlukan lebih lagi.
Sudah tiada hala tuju bagi aku, tapi hanya pada satu arah sahaja.
Pandangan aku hanya lurus dan tegak pada aku. Sesuatu yang mungkin aku akan capai suatu hari nanti.
Tuesday, April 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment