Aku sedang berjalan di tengah bandar dan terlihat makhluk yang tiada beza dengan apa yang telah aku lihat sebelum ini.
Sekali imbas, pada mulanya aku lihat, agak cantik rupa orangnya. Rupa paras yang menawan yang menarik perhatian aku untuk terus mengenalinya.
Sedar-sedar, bila aku tatap semula wajahnya, baru aku perasan. Orang itu sebenarnya kawan aku ketika zaman aku kanak-kanak dulu. Memang tak lain dan tak bukan, aku cam mukanya.
Aku cuba hampir kepadanya hanya berniat untuk menegurnya tetapi entah kenapa, hati aku terasa lain daripada yang lain. Semua perasaan bercampur aduk.
Masih berlegar dalam otak aku, sama ada perlukah untuk aku menegur kawan yang boleh dikatakan lama itu? Perasaan berdebar terus meningkat, makin lama makin teruk.
Seorang sahabat yang sudah lama tak berjumpa, mesti teringin untuk berjumpa dan berkenalan sekali lagi. Siapa yang tak nak.
Berjalan dengan penuh semangat tanpa berpaling ke tempat lain, hanya tertumpu pada dia sahaja.
Hampir-hampir sahaja untuk aku menegur dia, aku pusing dan terus pergi meninggalkan dia. Motif awal terus aku tinggal.
Sebab? Tak diketahui apa sebab aku buat perkara itu.
Monday, April 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment