Sukar untuk dipercayai bila sesuatu berlaku yang mungkin tidak logik dalam fikiran kita, berlaku ke atas kita sendiri.
Dua penyataan yang berlainan maksud dan cerita digunakan untuk melarikan diri daripada perkara-perkara tersebut.
Hal menjaga tepi kain orang memang sukar untuk dibendung. Sedangkan diri sendiri tidak dijaga. Bukan untuk membandingkan, tetapi biarlah berpada-pada.
Alasan yang digunakan hanyalah untuk 'mengubah seseorang itu untuk menjadi lebih baik sebagai insan di dunia'.
Adakah rasional untuk terlibat dalam kehidupan kita sehingga mengongkong diri kita sendiri, semata-mata hanya untuk mengubah seseorang itu? Perlukah semua itu, sedangkan hanya teguran sedikit sahaja dapat melahirkan kebenaran terhadap apa yang ingin diubah dalam pemikiran orang itu?
Renung-renungkanlah.
Friday, April 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment