Sunday, May 2, 2010

P n P

Perasaan untuk aku memiliki satu benda yang boleh bergerak semakin berbuak-buak.

Benda yang aku gelar motorsikal yang boleh aku tunggang mungkin akan aku miliki suatu hari nanti. Kemungkinan dalam masa terdekat ni.

Sekarang aku memerlukan sesuatu untuk memuaskan nafsu aku setelah aku lulus test JPJ. Lesen yang telah aku idamkan telah aku dapat.

Tiba masanya untuk aku guna lesen percubaan tu atas jalan raya yang penuh gah.

Bagaimana pula aku perlu mencari benda tu?

Tolonglah.

Aku masih terdesak untuk menggunakan perkakasan yang baru sahaja dibeli, yang mungkin lebih elok bagi aku, untuk melakukan sesuatu yang aku mampu.

Perancangan telah aku buat, dan semua perancangan itu memerlukan motorsikal.

Ke mana sahaja hala tuju aku, hanya berpandukan motorsikal tu untuk bergerak.

Cerita lain pula, berkenaan dengan P kedua.

Baru sahaja tamat sesi kejohanan olahraga.

Pluto membawa satu hasrat, tapi masih tidak tercapai.

Walaubagaimanapun, masih ada kepuasan dalam semua warga Pluto. Tahniah diucapkan.

Tipis sahaja peluang untuk menduduki tempat pertama, tapi mungkin rezeki tak berpihak pada Pluto. Yang penting, masih ada benda lain yang boleh dicapai.

No comments:

Post a Comment