Wednesday, May 5, 2010

Bulat air kerana pembentung

Seorang cikgu masuk ke dalam kelas dan mulakan permbelajaran.

Seperti biasa, cikgu ini sentiasa menghiburkan atau memberikan kata-kata semangat atau bercerita atau sebagainya sebelum mulanya pembelajaran. Pada satu pagi, cikgu ini memberi satu perbezaan antara dua perkataan.

Aku sentiasa berpendapat bahawa pandangan cikgu pun agak munasabah, logik, rasional dan sebagainya.



Mengikut beliau, erti orang yang kita gelar kawan dan orang yang digelar sahabat berbeza.

Kawan merupakan seseorang yang boleh kita kongsi suka dan keseronakan dan seumpamanya.

Sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan diri kita, kita kongsi bersama mereka itu.

Suatu kejayaan yang boleh dikongsi, dikongsi bersama kawan-kawan.

Kesukaan yang membawa kepada gelak besar dan ketawa terbahak-bahak inilah yang dikongsi dengan kawan.

Sesuatu hobi atau minat juga dikongsi bersama mereka.

Sahabat merupakan seseorang yang boleh kita kongsi duka dan kesedihan dan hampir maksud dengannya.

Masalah yang menimpa kita, kita bercerita bersama sahabat.

Sesuatu kegagalan, kita kongsi bersama sahabat.

Sesuatu yang buruk terjadi, dikongsi dengan sahabat kesedihannya.

Aku berfikir sejenak. Aku terbayangkan sesuatu.

Aku ada kedua-duanya, tapi aku tak tahu yang mana kekal.

Bila aku berfikiran lebih jauh, lebih baik jika aku tidak mempunyai golongan-golongan ini. Mereka menyusahkan lagi hidup aku.

Hidup aku yang boleh jadi seronok atau sedih, baik aku kongsi seorang diri. Berbaloi setiap titik peluh aku.

Mungkin yang lain akan fikir aku pentingkan diri, tapi memang kenyataan.

No comments:

Post a Comment