Thursday, May 13, 2010

Psychiatry

Aku masuk satu wad yang hanya menempatkan pesakit-pesakit mental sahaja. Dan mereka ini hanya mengalami penyakit mental yang tidak kritikal.

Dengan berani mati, aku bertanya, "Makcik ni dah berapa lama masuk wad ni?"

Katanya, "dah masuk 2 minggu".

"Makcik sakit apa?"

"Makcik ni memperjuangkan Islam", katanya lagi.

Aku masih kehairanan, jawapan yang diberi tidak menepati apa yang aku tanyakan.

Terus aku lupakan untuk tanya dia lagi tentang sakitnya sebab aku tak nak paksa aku. Takut juga, mana tahu dia akan serang aku macam orang yang betul-betul gila.

Tapi makcik ni bukan gila, hanya sakit mental.

Walaupun beliau ni sakit mental, tapi beliau bercakap tentang Islam.

Dan kalau diikutkan, mereka-mereka yang berada di wad sakit mental ni lebih baik daripada yang ada di luarnya.

Renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment