Wednesday, September 15, 2010

Kampung

Selangor negeriku, Klang tanah kelahiranku, Banting destinasiku.

Aku hanya orang yang berasal dari negeri luar, datang menetap di Kelantan. Cuba hidup dengan baik, dan juga buat perkara-perkara yang baik.

Di Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang ini lah tempat aku membesar dari seorang kanak-kanak menjadi seorang remaja. Aku bersyukur kerana tiada kejutan budaya terhadap aku bila berpindah ke sini.

Bila bersekolah menengah di sini, banyak sangat pengalaman, manis dan perit yang aku lalui. Kawan-kawanku, pelajaran ku dan banyak lagi.

Biasalah, hidup sebagai remaja, penuh dugaan dan cabaran. Semua itu hanya ujian untuk belajar menempuhi hidup dewasa kelak.

Ayah aku memang Selangor asalnya, tapi ibu aku berasal dari Kelantan. Jadi tak hairan lah kalu ibu aku boleh bertutur loghat sini, memasak juadah orang Kelantan dan segalanya. Lagipun masih ramai ahli-ahli keluarga masih tinggal di sini. Sebelah Salor, Pasir Mas, Besut. Dan bilangannya pun cukup ramai.

Sudah lebih kurang 7 tahun aku bermukim di Kelantan. Banyak yang aku belajar dari penduduk-penduduk di sini. Kebanyakan perkara yang wujud di Kelantan menjadi kegemaran aku.

No comments:

Post a Comment