Tuesday, September 14, 2010

Malam ke-5 raya

Pejam celik, pejam celik, masa berlalu. Dah masuk raya yang kelima, dah tamatkan percubaan SPM, dah habis puasa, dah pergi beberapa buah rumah untuk beraya.

Tahun ni merupakan tahun yang luar daripada kebiasaan. Tahun yang memberi sedikit kebebasan dan peluang kepada aku untuk beraya bersama rakan-rakan.

Lebih 5 buah rumah, mungkin, telah aku pergi dan hampir semuanya adalah bersama rakanku.

Seronok bila dapat berkongsi keriangan, gelak ketawa. Amatlah kontra bila dibandingkan dengan tahun-tahun lepas.

Hanya RM10; not RM5 berbeza dari orang yang berbeza sahaja yang diperoleh. Mungkin aku sudah tua untuk menerima duit raya? Tapi tidak mengapa. Aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya dapat juga.

Tiada sebarang kenangan yang dapat aku simpan buat masa ni. Aku masih tak dapat cari kamera yang berguna untuk aku simpan kenangan selain kamera kawanku. Cuma sekarang, aku perlu tunggu lebih masa untuk salin semua gambar-gambar tersebut.

Hasrat aku tercapai hari ni, bila aku bertandang ke rumah Alif Arshad. Janji dikotakan, hasrat termakbul. Canon EOS 500D dalam genggaman aku selama Tuan Faiz berada di sana.

No comments:

Post a Comment