Eidulfitri merupakan suatu hari yang disambut dengan meriah oleh semua umat Islam.
Selepas berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, dengan segala dugaan dan cabaran yang Allah turunkan kepada semua umatnya, kini muncul bulan baru dalam kalendar Islam. Hari-hari seperti ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Muhammad S.A.W..
Mengikut adat resam kaum Melayu, terlalu banyak aktiviti yang dilakukan pada bulan Syawal ini. Rumah terbuka diadakan oleh sesetengah orang. Orang ramai dijemput untuk menyambut hari raya ini bersama di samping mengeratkan hubungan sesama umat.
Bunga api, mercun biasa dimainkan oleh penduduk-penduduk di Malaysia. Bermula dari malam 1 Syawal itu, selepas berbuka puasa, bermulalah bunyi dentuman mercun-mercun di sekeliling kita. Dan ada juga yang bermain mercun ketika bulan puasa lagi.
Bertambah pula dengan puasa 6 hari di bulan raya ini, ibadatnya begitu mulia, seperti yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sabdanya, "barangsiapa yang berpuasa fardhu sebulan di bulan Ramadan dan berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya seperti berpuasa setahun".
Sunday, September 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment