Sunday, April 10, 2011

Peluang pertama

Tawaran pertama aku dapat untuk lanjutkan pelajaran ialah UniKL; jurusan Asasi Sains dan Teknologi - Kejuruteraan.

Memang dah jadi minat aku untuk meletakkan kerjaya aku sebagai jurutera.

Aku agak was-was bila aku mempunyai banyak sangat cita-cita dan sekarang aku terpaksa pilih yang sesuai untuk aku. Sama ada kedoktoran, kejuruteraan ataupun akauntan.

Tapi bila aku melihat semula kedudukan dan kemampuan aku, kelebihan aku ke arah kejuruteraan.

Bingung aku apabila aku perlu terima tawaran tersebut atau tidak. Ibuku berkata semolek-moleknya tunggu sahaja tawaran yang lain.

Mungkin ada hikmahnya, mungkin bukan rezeki aku kali ni.

Dalam borang UPU, aku letakkan bidang perubatan dan kejuruteraan sebagai pilihan aku. Dan kelapan-lapan pilihan aku adalah asasi.

Asasi Sains, Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Perubatan, Asasi Kejuruteraan.

First target aku ingin pergi ialah UiTM. Sepupu aku kata amat mudah belajar di sana. Pendapat pelajar lain pun sama.

Entahlah, berharap juga supaya dapat tempat yang elok dari segi belajar dan yang lain.

No comments:

Post a Comment