Terasa bodoh bila dapat tahu biasiswa Petronas dan permohonan untuk belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) berbeza.
Dah penat bila 4 kali dalam seminggu terpaksa pergi sekolah, pergi pejabat Jabatan Perdana Menteri, pejabat pos dan sebagainya uruskan tentang permohonan sedangkan kalau aku tak dapat tawaran biasiswa, aku tak dapat belajar di UTP.
Baru tahu perkara begini berbeza bila seorang rakanku beritahu Petronas akan adakan 'educamp' untuk bakal pemegang biasiswa Petronas.
Dan bila aku buka satu laman sesawang, katanya permohonan biasiswa telah ditutup. Siapa tak sakit hati.
Kalau aku mampu untuk satu semester tak apa. Sekurang-kurangnya aku boleh belajar dahulu untuk dapatkan keputusan yang baik dan mohon semula biasiswa JPA atau Petronas.
Tapi aku adalah sebaliknya. Aku terpaksa juga tunggu tawaran biasiswa lain, jika itu rezeki aku ataupun aku terpaksa mohon pinjaman dari mana-mana agensi kerajaan atau bukan kerajaan.
Tuesday, April 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment