Friday, April 15, 2011

Auction

Dah berapa hari aku melihat laman lelong untuk beli barang.

Aku teringin sangat nak beli telefon bimbit baru dan mungkin yang murah sahaja. Telefon tu berjenama Nokia dan bermodelkan C3.

Kakak aku ada juga niat nak jualkan telefon dia kepada aku. Bukan Nokia, tapi Samsung. Harganya RM50 ringgit lebih murah dari C3.

Aku tak berminat sangat barang Samsung. Sepanjang aku guna telefon pun memang berjenamakan Nokia. Tak ada jenama lain.

Aku tengok barangan lelong yang aku boleh jamin 70 peratus itu adalah barang baru dan kualitinya baik.

Barang jualan juga dijual dengan harga murah berbanding dengan harga di pasaran sekarang.

Tapi tu terpaksa tunggu. Duit tak ada, dan bajet nak beli DSLR sedang dikumpul.

Tak pasti juga nak beli atau tidak. Takut lepas beli, tiba-tiba datang perasaan sesal sebab beli barangan yang hanya jadi hobi semata-mata.

Yang pasti aku nak beli Modem Wireless baru dengan gaji pertama aku.

No comments:

Post a Comment