Mungkin dah lama berlalu, tapi inilah sejarah.
Dah 8 hari sudah selepas aku ditemu duga buat kali pertama.
Sebenarnya aku tak nak pun masuk maktab perguruan, tapi sebagai orang kata 'backup plan', aku apply lah juga. Mana tahu tak ada rezeki ke lepas ni nak sambung belajar di tempat lain.
Buat kali pertama, persediaan kurang, hampir semuanya tak sedia pada pagi hari yang sama.
Aku pergi dengan kelam kabut. Pandu kereta macam pandu ambulans.
Capai 80km/s dalam masa 15 saat. Mungkin lambat, tapi sebenarnya disebabkan kereta-kereta di hadapan.
Masa temu duga pun banyak juga salah aku buat.
Temuduga secara berkumpulan tu boleh tahan lagi. Agak lancar walaupun aku tak tahu sangat apa yang aku cakap.
Bila dah sampai masa temuduga persorangan, aku dah hilang arah. Macam-macam aku risau. Mereka tanya aku soalan yang aku tahu jawapannya, cuma aku tak ingat.
Aku apply setiap konsep yang aku ingat tapi tak ada kaitan sebenarnya tapi sebenarnya aku nak elakkan daripada aku terus senyap tanpa berkata apa-apa.
Macam-macam halangan rasanya. Dengan tergesa-gesa, lepas temuduga tamat, aku mulakan perjalanan aku untuk cari kedai gambar. Sangat kelam kabut.
Akhirnya, aku balik dengan kepenatan tanpa meletakkan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Friday, April 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment