Friday, April 29, 2011

Restoran Al-Bayan

25 hari bulan aku bertolak dan 26 hari bulan aku bertemu duga.

Lokasi kedua ialah di Universiti Teknologi Petronas.

Tempat ni memerlukan banyak duit untuk sambung belajar.

Yuran pendaftaran sahaja dah memakan RM2000. Semester pertama dah minta RM7000 kalau aku tak silap.

Setahun pula memakan kos RM16000. Mana aku nak cari duit sebanyak tu.

Tapi bila nak cerita tentang temuduga, sebenarnya seronok.

Mula-mula sampai dah dapat lihat, yang turut hadir sangat berkemampuan, berkaliber.

Bila dah hampir mula temuduga, calon dibahagikan dengan beberapa kumpulan. Dan kumpulan saya terdiri daripada orang yang berasal dari sekitar Kuala Lumpur. Seorang sahaja dari penang dan dia berwarga cina.

Aku tahu orang KL kebiasaanya memang petah berbahasa Inggeris. Temuduga perlu berbahasa Inggeris tapi boleh juga berbahasa Melayu jika terpaksa.

Yang pastinya, aku sangat lemah bahasa Inggeris. Lagi-lagi bila berbicara.

Dan bila ditemuduga, tiba-tiba aku sangat kekok dan hilang arah. Aku tak pasti apa yang aku cakap. Aku tak tahu isi apa yang dikeluarkan.

Bila bersama dengan rakan sekumpulan, kami perlu berbahas tentang satu tajuk. Aku adalah orang terakhir yang memulakan percakapan. Sangat lambat aku menyelit sehinggakan kawan sebelah aku cuit aku sebagai tanda menyuruh aku bercakap.

Aku sangatlah malu bila aku kekurangan isi, ayat aku sangat mudah, dan aku terasa diri aku memang tak boleh lawan mereka.

Dan aku balik tanpa harapan sikit pun sebab selain aku meletakkan kemungkinan aku gagal dalam temuduga itu, tapi aku tak mampu tanggung perbelanjaan untuk terus belajar di sana.

No comments:

Post a Comment